Image Banner

BADAN BERUNIFORM SRI AR-RAHMAH -IKTIAR HIDUP

23 SEPTEMBER 2025 | SELASA
Badan Beruniform Sri Ar-Rahmah melakukan aktiviti dinamakan ‘IKHTIAR HIDUP’
Objektif Aktiviti
✅Mendedahkan ahli unit beruniform kepada kemahiran asas ikhtiar hidup.
✅Memberi pengalaman praktikal dalam menyediakan makanan, memasak secara asas.
✅ Membentuk sikap berdikari, kerjasama berkumpulan dan disiplin diri.
Hasil Aktiviti
✅Semua peserta berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan.
✅Peserta memahami asas ikhtiar hidup dan lebih yakin menghadapi situasi kecemasan.
✅Kerjasama antara ahli pasukan semakin erat.
LAGI

MAHABBAH RASUL, CAHAYA KEHIDUPAN

🌹 Mahabbah Rasul, Cahaya Kehidupan 🌹
“Mahabbah Rasul bukan sekadar lafaz, tetapi bukti cinta dengan mengamalkan sunnah Baginda ﷺ dalam kehidupan seharian.”
🌸 Alhamdulillah, selesai sudah 🌸
Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat Sekolah Rendah Islam Ar Rahmah telah berjaya dilaksanakan pada Jumaat, 12 September 2025 (19 Rabiul Awal 1447H).
Antara pengisian program ialah:
✅ Perarakan Maulid
✅ Ceramah Maulidur Rasul
✅ Kuiz Maulidur Rasul
✅ Gotong-royong Mahabbah Rasul
Syukur ke hadrat Allah SWT, seluruh warga sekolah dapat bersama-sama menghayati sirah dan menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru, murid, ibu bapa/waris serta pihak yang turut menyumbang dan menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.
LAGI

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA MASJID AL WAHAB, PERMATANG DUYONG

🌸 Alhamdulillah 🌸
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Masjid Al Wahab, Permatang Duyong atas sumbangan 240 pek infaq Mineral + Roti sempena Sambutan Maulidur Rasul ﷺ di sekolah kami pada esok hari.
Semoga setiap infaq yang dihulurkan menjadi saham akhirat dan diberkati Allah SWT.
جزاك الله خيرًا
Bersama kita semarakkan kasih dan cinta Rasulullah ﷺ melalui amalan infaq dan kebersamaan ummah.
LAGI

CASHLESS BERPERINGKAT DI SRI AR RAHMAH

✨🚀 Cashless Berperingkat di SRI Ar Rahmah!
Tap je kad 💳 — mudah, cepat & selamat ✨
Mulai 1 September 2025, pembayaran di sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat menggunakan Kad Pelajar Cashless 💳
📲 Topup kad boleh dibuat secara online melalui aplikasi asis.my.
💳 Pelajar hanya perlu “tap” kad untuk membeli di koperasi/kantin.
👦👧 Lebih mudah, selamat & terkawal untuk semua.
🎥 Saksikan video demo pelajar kami menggunakan Kad Pelajar Cashless ⬇️
LAGI

KUNJUNGAN PEGAWAI JAIM (SILIBUS KAFA)

| KUNJUNGAN PEGAWAI JAIM (SILIBUS KAFA) |
الحَمْدُلِلَّه
Pagi tadi, pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk sesi perbincangan mengenai pembangunan kurikulum.
Fokus utama perbincangan adalah cadangan penambahan silibus KAFA dalam kurikulum sekolah serta meneliti aspek pelaksanaan yang melibatkan guru, murid dan pengiktirafan peperiksaan.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai JAIM atas kesudian hadir dan memberikan penerangan. Semoga usaha ini membuka jalan untuk memperkukuhkan pendidikan agama di sekolah kita.
LAGI

KEM JATI DIRI TAHUN 5 & 6 DI KG JKIN EXTREME PARK

Alhamdulillah,
Syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, Program Kem Jati Diri Tahun 5 & 6 di Kg Jkin Extreme Park telah diselesaikan dengan jayanya, penuh makna dan inspirasi.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tahun 5 dan 6 atas semangat kental, keberanian dan kerjasama sepanjang tempoh program. Semoga pengalaman ini menjadi asas kepada pembangunan jati diri, ketahanan mental dan nilai kepimpinan yang berintegriti.
 
Setinggi‑tinggi penghargaan juga kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan penuh serta amanah yang diberikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para guru pengiring dan pasukan urusetia atas pengorbanan masa dan tenaga demi kelancaran program ini.
 
📸Saksikan detik-detik terbaik dan wajah-wajah gembira dalam album bergambar ini kenangan manis yang tak akan dilupakan!
LAGI

Image News
Image News
Image Banner